iman semut vs iman manusia

Assalamualaikum.....

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,
apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata
di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan
bagaimana semut ini hendak hidup di atas
batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang
tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup
untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku
percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu
kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki
untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun
bertanya:

"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah
yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum
sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu
makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu
melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia
angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas;
kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal
semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu
bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum
sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,
lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu
rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi
kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak
berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan
apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan
rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak
pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku
dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada
kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku
makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku
takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang
kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur
orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang
mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu
digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah
ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris
sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah
menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk
korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di
INTERVIEW oleh Munkar Nankir. Dia korek 1 kubur, 2
kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai
100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam
Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah
daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua
sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap
kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100
umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan
Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di
tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam
tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,
iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih
kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali:

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA".

"ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA".

"ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN".

"HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU
BERTAMBAH APABILA
DIBELANJAKAN".


--
Mencari keredhaan Allah itu lebih utama
dari memenangi hati pemimpin dan
menggembirakan orang-orang munafik.

"Seseorang yang tidak ada sebahagian Al-Quran di dalam
hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggal kosong"

Share/Bookmark

capcusss

Download