Allah swt menciptakan seluruh makhluk yang ada pada 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi, serta yang berada di antara langit dan bumi. Dari makhluk yang terdahulu sampailah saat ini. Manusia dihadirkan di dunia ini mempunyai maksud dan tujuan. Manusia membuat sesuatu dan menginginkan manfaat dari apa yang dia buat, dan akan kesulitan melaksanakan suatu perintah tanpa ada contohnya, maka Allah swt memberikan conth siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Allah swt memberikan contoh bukan hanya seorang tetatpi beribu-ribu, dan dalam jangka waktu yang sangat panjang.
Sejak zaman NAbi Adam as sampai Khatamun nabuyyin, Rasulullah saw. Orang orang yang berjaya adalah para Nabi as dan orang yang gagal adalah orang yang menentang Nabinya. Apabila manusia tidsak mengetahui maksud dan tujuan hidupnya, maka cara hidupnya pun akan salah. Orang yang tersesat dalam perjalanan namun dia mengetahui tujuannya, maka suatu masa nanti dia akan tahu arah yang seharusnya dituju. Tetapi orang yang sama sekali tidak tahu (tidak ingin memahami) tujuan hidupnya, akan sulitlah dia untuk sampai ke tempat tujuannya.
Maksud dan tujuan Allah swt menciptakan manusia adalah untuk beribadah sebagaimana firmanNya yang bermaksud “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku.” (QS adz- dzariyat: 56)
Bukan hanya manusia tetapi seluruh makhluk di muka bumi ini beribadah menurut caranya masing-masing seperti yang disunnahkan oleh Allah swt sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “Apakah kamu tidak mengetahui bahawasanya bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan di bumi? Begitu juga bertasbih burung-burung yang terbang di udara. Masing-masing mengetahui cara ia solat dan bertasbih. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan (QS an Nur: 41)
Ibadahnya matahari iaitu dengan bergerak setiap hari dari timur ke barat, ibadahnya air iaitu sentiasa mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Apabila matahari tidak lagi terbit ataupun terbit tetapi berlawanan dengan sunnatullah, terbit dari timur atau sebaliknya, air tidak lagi mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah, maka Allah swt akan menghancurkan bumi ini. Seekor burung bertasbih sehingga mendapat rezeki, keluar mencari makan di waktu pagi dengan perut kosong, pulang pada senja hari dengan perut berisi. Jika dia tidak bertasbih maka rezekinya akan tiada dan akan dimatikan oleh Allah swt. Seekor kupu-kupu dari seekor ulat yang berzikir di dalam kepompongnya sampai menjadi kupu-kupu, sehingga manusia suka dengan kecantikkannya. Seandainya dia tidak beribadah, tidak mahu menjadi kepompong maka Allah swt tidak mengizinkannya untuk hidup menjadi kupu-kupu. Seekor labah-labah yang makanannya adalah serangga yang berterbangan padahal ia tidak boleh terbang, tetapi Allah swt memerintahkannnya membuat sarang lalu berzikir di tengahnya dan Allah swt mengirimkan serangga terbang menuju ke sarangnya untuk makanan si labah-labah.
Apalagi manusia makhluk yang paling sempurna asal kejadiannya, dengan akalnya boleh terbang melebihi burung dengan kapalterbang, dapat bergerak pantas melebihi kepantasan kuda dengan kereta dan mampu berenang melebihi seekor ikan dengan kapal selam, namun jika tidak beribadah akan menjadi asfala saafilin (dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya).
Dengan ibadah, Allah swt akan memenuhi rezeki manusia, sebagaimana Maryam, ibunda Nabi Isa as yang mendapatkan makanan secara terus dari khazanah Allah swt tanpa asbab. Setiap hari Zakaria as datang ke mihrabnya. Dia melihat makanan di hadapan Maryam, buah-buahan musim sejuk, padahal saat itu musim panas dan sebaliknya buah-buahan musim panas dikala itu musim dingin.
Sekitar 40 tahun Bani Israil menjalani kehidupan mereka dalam ketaatan kepada Allah swt dan RasulNya di lembah Tih yang tandus dan gersang. Mereka tidak mempunyai rumah untuk bernaung, namun mereka diberi naungan awan oleh Allah swt, kemana sahaja mereka pergi, awan itu selalu menaungi mereka. Mereka tidak bekerja, tetapi diberi makanan secara terus dari langit berupa Manna dan Salwa. Manna dan Salwa adalah nama makanan istemewa yang diberikan Allah swt khusus kepada Bangsa Bani Israil di masa Nabi Musa as dulu. Istemewa? Tentu saja, makanan itu special diturunkan dari langit. Menurut orang-orang Yahudi, itulah makanan yang bahan-bahannya diambil dari surga. Mengenai cerita Manna dan Salwa sendiri boleh dibaca dari Al-Quran 2:57, 7:160, dan 20:80. Sekarang tentu tidak dijumpai lagi dua jenis makanan “surga” sekarang ini.
Pakaian mereka cuma sehelai sahaja, tidak pernah dicuci, tetapi tidak pula rosak atau lusuh selama 40 tahun. Bahkan bayi yang baru lahir juga diberikan pakaian oelh Allah swt dan pakaian itu berubah suai mengikut pertumbuhan si bayi tersebut (Allahu Akhbar), ketika badannya bertambah besar bajunya juga turut besar. Semua itu terjadi kerana mereka masih taat beribadah kepada Allah swt.
Suatu ketika nanti ketika Dajjal muncul, semua makanan akan dibubuhkan racun oleh Dajjal. Maka sesiapa sahaja yang memakannya akan menjadi kafir, begitu juga ketika Ya’juj dan Ma’juj dibangkitkan, semua makanan dihabiskannya, sampai tidak ada sedikitpun yang tinggal. Ketika itu kepada orang-orang yang memiliki Iman yang sempurna (ahlul iman) sahaja, hanya dengan berzikir perut mereka akan terasa kenyang dan mereka tidak memerlukan makanan. Jika ketika itu orang-orang tidak mempunyai Iman yang sempurna, mereka akan mengikut nafsu mereka dan mereka takluk kepada Dajjal dan juga Ya’juj dan Ma’juj (Na’uzzubullah).
Abu Umamah ra menceritakan bahwa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya! Rasulullah, apakah yang membuat manusia boleh bertahan untuk hidup ketika hari itu?” Rasulullah saw bersabda, “Tasbih, tahmid dan takbir mengalir di dalam tubuh mereka sebagaimana aliran makanan dan minuman.” (hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Dengan solat, para sahabat ra dapat mendatangkan pertolongan Allah swt sehingga masalah boleh selesai. Tetapi cuba kita lihat dengan solat kita? Kita belum benar-benar yakin bahawa dengan Solat Allah swt akan mendatangkan pertolongan, secara zahir kita melakukan solat namun hati kita teringatkan benda lain (hati berpaling). Beribadah tapi masih yakin bahawa pekerjaan, perdagangan, harta dan sebagainya yang mendatangkan kebahagiaan, sehingga nusratullah (pertolongan Allah) tertangguh.
Pekerjaan, perdagangan, harta adalah cuma keperluan untuk kita hidup di muka bumi ini. Ianya bukanlah maksud hidup kita ini. Maksud kita hanyalah untuk beribadat kepada Allah swt. Bukan bererti manusia tidak boleh bekerja dan berusaha, hanya saja tidak boleh yakin dengan usaha atau pekerjaan itu. Rasulullah saw mengajarkan kepada umatnya untuk produktif, buat dan bercakap benda sia-siapun dilarang. Bukan bermaksud kita tidak perlu kerja, cari harta atau jadi kaya tapi kita kena nafikan semua itu yang membawa kebahagiaan, kedamaian, kecerian tetapi Allah swt lah yang memberikan kebahagaian, kedamaian dan kecerian kepada kita. Bila kita kerja, cari harta dengan niat ikhlas untuk ibadat kepada Allah dan niat untuk dakwahkan agama Allah maka kerja kita akan jadi ibadah. Jika tidur kita, kita tidur ikut sunnah, tidur kita akan jadi ibadah. Jika makan kita, kita ikut sunnah, makan kita akan jadi ibadah. Bila kita bersama isteri kita dengan ikut cara sunnah, itu akan di kira ibadah. Bila seluruh kehidupan kita dari celik mata hingga kita tidur kembali, seluruh kehidupan kita mengikut Al-Quran dan Sunnah, maka seluruh kehidupan kita akan dikira ibadah maka berbahagialah dan berjayalah orang itu di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin. Kita ambil iqtibar dari nukilan ini, kita amalkan dan dakwahkan kepada orang lain supaya kita semua mendapat manfaatnya, insyaallah.
Salam Maulidur Rasul dari saya dan Salam sambung kerja Nubuwwah ini.